Kelebihan Mengerjakan Umrah




Makna Umrah

UMRAH TAKRIF DAN PENSYARIATANNYA

Makna Umrah.
Umrah dari sudut bahasa ialah ziarah. Apabila dkatakan; Si fulan melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah. Atau maksudnya, pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Beza Di Antara Haji dan Umrah
Haji berbeza dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum. Dari sudut masa haji ditentukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah niat haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh pertama bulan Zulhijah. Manakala umrah, masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya. Dari sudut hukum, haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Di dalam umrah, semua ini tidak ada.. Ia hanyalah: Niat, tawaf, melakukan sa’ ie dan bercukur ataupun bergunting sahaja. Dari sudut lain, berlaku ijmak ulama' terhadap kewajipan menunaikan haji, manakala umrah, para ulama' berselisih pendapat tentang kewajipannya.
Masa Disyariatkan
Mungkin pendapat yang paling kuat mengenai bilakah  haji dan umrah mula disyariatkan ialah tahun kesembilan hijrah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh as-Syaikhan (Al Bukhari dan Muslim):
Nabi s.a.w. bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al- Qais yang datang menemui Baginda s.a.w. pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah- perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab:
"Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang".
Sekiranya haji difardhukan sebelum itu, nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama-sama perintah yang ditujukan kepada mereka.
ayat-umrah-1


============================================

Fadhilat Umrah

Hikmah dan Pelajaran dari Haji serta Umrah

Pentingnyanya mengetahui kepentingan dan kedudukan setiap amal. 'Ilmu tentang fadhilat dan hikmah sebagai penggalak dan sumber untuk mengikhlaskan niat.  4 Keyakinan tentang pahala yang akan diperolehi memudakan pengorbanan dalam sifat pembelanjaan dan mengadap ujian. Kedudukan Ka'bah disisi Allah akan bangitkan kerinduan untuk menziarahinya yang mana ia adalah rumah Allah yang teragung.
Allah telah mensyariatkan pelbagai syariat untuk hamba-hamba-Nya. Dijelaskan kepada mereka segala hukum untuk memenuhi kepentingan jangka pendek dan jangka panjang dalam urusan keagamaan dan keduniaan mereka. Al-Quran yang mulia telah menyatakan perkara ini sewaktu menyebutkan tentang  haji yang membawa kepada wujudnya manfaat dan kepentingan bagi manusia. Firman Allah Taala:
ayat-umrah-2
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) ; dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang fakir miskin". (Al-Hajj: 28)
Ibnu Abbas r.a. berkata sewaktu mentafsirkan ayat ini: "Ia adalah manfaat dunia dan akhirat, manfaat akhirat ialah keredhaan Allah Taala. Manfaat dunia ialah apa yang mereka perolehi iaitu unta, sembelihan dan perniagaan".
Pada hakikatnya, kalau kita mahu menghuraikan lagi  kata-kata Ibnu Abbas dan menghitung manfaat agama dan dunia yang telah dinyatakan oleh al-Quran, maka kita akan dapati pelbagai manfaat, antaranya:
Pertama; Perhimpunan orang-orang Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim. Oleh  itu Allah Taala menjadikan kebanyakan ibadat yang disyariatkan sebagai cara untuk mewujudkan pertemuan antara mereka; Dijadikan pertemuan yang berulang-ulang lima kali sehari di peringkat satu kampung dalam satu bandar dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang berjemaah. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang sekali seminggu di peringkat satu bandar, dan untuk menyusun pertemuan tersebut  disyariatkan sembahyang Jumaat. Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang setahun sekali di peringkat antarabangsa, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan haji ke Baitullahil Haram.
Kedua; Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti. Dalam masalah ini, perbezaan bahasa dan sempadan negara tidak memberikan kesan.
Sebaik-baik cara dan tempat untuk menghidupkan pertemuan ini ialah di 5 sekeliling Baitullah; mereka melakukan doa yang satu untuk Tuhan yang satu ke arah yang satu.
Ketiga; Mengikat seluruh umat Islam dari seluruh dunia dengan Makkah alMukarramah; tempat terbitnya Islam dan daripadanya  berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam untuk menjadi lambang kesatuan dan mengukuhkan pegangan mereka walau bagaimana jauhnya negeri mereka.
Keempat; Menjadi salah satu lambang persamaan sesama muslim  (orang Islam). Dengannya, pelbagai faktor yang membezakan sesama manusia dan menyebabkan mereka bermegah dalam berpakaian dan tempat tinggal tunduk melutut. Ketika tawaf dan Saíe, orang kaya hampir tidak kelihatan dan orang fakir tidak dikenali, tuan sama dengan hamba, khadam sama dengan tuannya... dan semua berada dalam suasana limpahan rohani yang satu iaitu keinginan mendekati Allah dan memperolehi keredhaan-Nya. Inilah suasana yang cukup indah yang mengingatkan kepada permulaan manusia berada di dunia; sewaktu keluar dari perut ibu. Semuanya dalam keadaan yang sama, tiada beza di antara mereka. Ia juga mengingatkan kepada hari akhirat; sewaktu manusia berdiri di hadapan Allah dalam keadaan berkaki ayam dan telanjang tanpa ada pangkat dan keturunan.
Kelima;  Haji merupakan sebesar-besar peringatan yang mengingatkan muslimin (orang-orang Islam) kepada keadaan bapa-bapa mereka dan para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Setiap tempat ditunaikan haji mempunyai  ikatan yang rapat dengan peristiwa yang mencetuskan banyak ingatan dalam diri jemaah haji. Di sisi Baitullah menjelmalah dalam pemikiran seorang mukmin Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang membina Baitullah dan menjelmalah gambaran Nabi s.a.w. sedang mencium Hajarul Aswad dan menjatuhkan berhala-berhala yang tersungkur dalam keadaan yang terhina. Di As Safa dan Al Marwah seorang muslim mengingati Hajar a.s. yang berlari di antara keduanya untuk mencari air bagi anaknya Ismail.
Keenam; Manfaat tambahan kepada semua ini ialah rezeki yang diperolehi oleh orang-orang fakir di negeri itu pada musim yang mulia ini; rezeki yang mencukupkan keperluan mereka selama setahun sebagai memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Baginda berdoa:
" Wa h a i Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian z u r ia t keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya d i s is i r u m a h -Mu di Tanah Haram (Makkah). Wahai Tuhan kami, (yang d e m ik ia n ) supaya mereka mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah hati s e b a h a g ia n d a r i manusia tertarik kepada mereka dan kurniakanlah rezeki k e p a d a mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, s e m o g a mereka bersyukur". (I brahim: 37)
Ketujuh; Haji adalah tarbiah bagi jasad untuk hidup dalam keadaan susah, -nemikul keperitan dan sabar terhadap perkara yang tidak disukai. Juga mentarbiah akhlak untuk merendah diri, bertolak ansur, pergaulan yang baik dan saling memaafkan. Mentarbiah jiwa untuk berkorban, berusaha, bersedekah dan berbuat baik. Mentarbiah perasaan supaya berada dalam keadaan suci dan muraqabah Allah.
Firman Allah:
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat 6 mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah:197).
Kelapan: Tinggalkan tanah air dan keluar
ga mengingkatkan tentang maut apabila segala ditinggalkan olek simati; ihram dan mandi untuknya meningatkat tentang mandi mayat dan kafan; tawaf keliling ka'bah saperti ibadat malaikat yang tawaf keliling árasy Allah; dalam keadaan saperti anak yang mengelilingi ibu supaya didokongnya hamba Allah mangharapkan di terima dan diredhai oleh Allah; Maqam Ibrahim mengingatkan tentang balasan bagi ketataan kepada Allah.
==========================================================================
Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah :


1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :

"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

"Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"

No comments:

Post a Comment